SOALAN LAZIM

Umum

Apa itu Program Global Online Workforce (GLOW) ?

Program menjana pendapatan digital secara konsisten dan sepenuh masa bagi rakyat Malaysia menerusi kaedah crowdsourcing.

Crowdsourcing merupakan kaedah pendapatan digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti Freelancer.com dan Upwork.com

Global Online Workforce melatih, mentor dan memupuk pelatih menjadi pekerja digital sepenuh masa & menjana pendapatan bulanan secara stabil dan konsisten minimum RM2,000.

Kenapa Program GLOW dilaksanakan ?

  • Mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa.
  • Membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategik MDEC.
  • Memperkenalkan  sumber pendapatan alternatif bagi rakyat Malaysia melalui platform pendapatan digital global.
  • Menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited menjana pendapatan digital.

Siapakah yang perlu terlibat?

  • Pekerja digital berpengalaman.
  • Kelayakan dan kemahiran bidang IT (pengaturcaraan, laman web, aplikasi mobile dan lain-lain), rekabentuk & kreatif (rekabentuk grafik, multimedia dan lain-lain), linguistik (terjemahan, transkripsi dan lain-lain dalam bahasa asing seperti Mandarin, Arab dan lain-lain).
  • Pekerja bebas @ freelancers secara offline dan face-to-face.
  • Graduan berkelayakan dan berkemahiran selaku pekerja digital.
  • Pekerja swasta yang diberhentikan kerja yang berkelayakan dan berkemahiran selaku pekerja digital.

Pendekatan Program GLOW

  • Latihan intensif sepenuh masa.
  • Selepas selesai latihan intensif tersebut, pelatih akan dipantau oleh Mentor secara virtual bagi memastikan pelatih menjana pendapatan digital bulanan konsisten minimum RM2,000 dalam platform global seperti Freelancer.com dan Upwork.com.

Intensif

Siapakah yang memberikan latihan?

Latihan intensif sepenuh masa oleh Pakar- pakar Jurulatih di Pusat Latihan GLOW dan pemantauan secara virtual oleh Mentor yang berpengalaman.

Apakah bentuk latihan yang diberikan ?

Modul latihan dan latihan komprehensif oleh rakan strategik MDEC, Pakar Subjek dan Pakar Jurulatih yang berpengalaman. Latihan adalah berbentuk hands-on. Namun Hard-Skills tidak termasuk didalam sesi latihan.

Penyertaan

Apakah kriteria pemilihan pelatih ?

  1. Warganegara Malaysia berumuar 18 tahun keatas.
  2. Berkemahiran dalam bidang dalam bidang yang berpotensi tinggi.
  3. Memiliki bukti kemahiran khusus yang dimiliki (portfolio / resume / sijil / tugasan kerja).
  4. Komitmen menghadiri program latihan intensif sepenuh masa.
  5. Komitmen menjadi pekerja digital yang aktif dan menjana pendapatan digital minimum USD500/RM2,150 sebulan
  6. Penguasaan Bahasa Inggeris untuk kertas kerja & interaksi dengan majikan luar negara.
  7. Mahir menggunakan Internet & Komputer
  8. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Bilakah program ini dilaksanakan ?

Sila layari pautan Kalendar Aktiviti bagi mengetahui lokasi dan tarikh latihan yang dibuka kepada umum. Tempat adalah terhad.

Adakah saya layak, jika saya lepasan SPM?

Penyertaan dibuka khusus bagi golongan sasar B40. Pemilihan adalah berdasarkan kriteria pelatih yang mempunyai kecenderungan menghasilkan kerja yang berkualiti dan bernilai komersial.

Saya berminat, tetapi tidak dapat memberikan komitmen.

Pihak MDEC telah mengadakan program khusus selama 1 atau 2 hari bagi mereka yang berminat untuk belajar menjadi freelancer atas talian.

Program singkat ini dinamakan FastTrack. Sila layari link Event bagi mengetahui lokasi dan tarikh latihan yang dibuka kepada umum. Tempat adalah terhad.

Bayaran

Berapakah yuran pendaftaran ?

Tiada sebarang yuran dikenakan bagi menyertai sesi Intensive Digital Learning Program. Semua bentuk penyertaan adalah PERCUMA kepada rakyat Malaysia.

Apakah pelatih perlu berkongsi pendapatan ?

Segala bentuk pendapatan semasa program adalah hak milik mutlak pelatih/peserta. Tiada sebarang share profit atau pembayaran dikenakan.

Bagaimana penerimaan elaun dan pendapatan online diterima ?

Segala urusan insentif akan didebitkan terus kepada bank pelatih/peserta. Penerimaan bayaran melalui hasil kerja pula adalah dari platform ke Paypal dan terus ke bank pilihan peserta/pelatih.

MAKLUM BALAS / FEEDBACK