Rakan Antarabangsa

Upwork Global Inc.

Upwork merupakan sebuah platform yang dipercayai oleh syarikat-syarikat utama dunia untuk mengambil dan bekerjasama dengan pekerja bebas yang berbakat dan profesional. Upwork menyediakan peluang untuk berhubung dengan lebih 4 juta pelanggan dan lebih dari 100,000 projek profesional yang ditawarkan setiap bulan.

Freelancer International Pty. Limited

Freelancer.com merupakan pasaran pekerjaan bebas dan crowdsourcing yang terbesar di dunia, merangkumi dan berhubungan dengan 18 juta majikan dan pekerja-pekerja bebas serata dunia dari 247 negara. Menerusi platform ini, Freelancer.com menyediakan akses kepada ribuan tugasan-tugasan digital dalam bidang pembinaan perisian, penulisan, pengisian data dan perekabentuk grafik, dari industri-industri kejuruteraan, sains, jualan dan pemasaran, parakaunan, perkhidmatan undang-undang dan pelbagai lagi.

Rakan Tempatan

Kerja Digital

Kerja Digital adalah sebuah platform atas talian bagi freelancer untuk digaji dan dibayar. Individu, perusahaan atau syarikat sendirian berhad boleh mendaftar sebagai freelancer dalam platform kami. Selepas pendaftaran, anda boleh meletak tawaran atas projek / pekerjaan yang berpadan dengan kemahiran anda. Setelah dipilih sebagai freelancer bagi projek yang tertentu, anda akan dibayar melalui online setelah projek itu dilengkapkan. Sebagai freelancer, anda bebas bekerja dari mana sahaja atau bila-bila masa yang anda inginkan dan mendapat bayaran dengan jumlah yang telah dipersetujui. Anda tidak akan mengalami tekanan di tempat kerja, dan boleh memilih apa-apa kerja yang berpadan dengan kemahiran dan kepakaran anda.

123RF Limited

123RF adalah sebuah perpustakaan media digital bebas royalti yang menawarkan pelbagai jenis imej komersial, video, audio, rekaan logo dan ilustrasi dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal. 123RF menyediakan peluang untuk pemilik aset-aset di atas untuk menyumbangkan foto original, ilustrasi vektor atau video, dan menjana pendapatan pasif setiapkali pembeli memuat turun kandungan pemilik-pemilik berkenaaan.

Supahands Dotcom Sdn. Bhd.

Supahands adalah satu platform yang menawarkan perkhidmatan penyumberan luar bagi syarikat yang ingin meningkatkan produktiviti mereka dengan penambahbaikan proses operasi sedia ada. Dengan menggunakan teknologi yang telah dibangunkan, platform yang berpengkalan di Kuala Lumpur ini mampu menghubungkan syarikat-syarikat dengan mana-mana SupaAgents (pekerja kontrak penyumberan awam) pada bila bila masa. Supahands menawarkan peluang fleksibel bagi mereka yang mahu bekerja dalam budaya yang mesra, serta ingin menjadi penggerak utama bagi sesuatu yang lebih besar. Supahands juga membantu syarikat untuk menjadi lebih produktif dan efisien dalam tugasan belakang tabir seperti moderasi kandungan dan pengentrian data.

Ezyspark

Ezyspark adalah pasaran “on-demand” yang pertama yang menghubungkan jurulatih “freelancer” dengan pelanggan korporat (sumber manusia dan pembelajaran & pembangunan profesional) berdasarkan keperluan pembelajaran mereka. Pada masa ini platform ini mengkhususkan pada kemahiran lembut, inovasi, strategi,  kepimpinan dan transformasi digital.

freelancing

Freelancing

Freelancing.my adalah satu platform yang menghubungkan pasaran “freelancer” di Malaysia dengan syarikat-syarikat inovatif yang ingin melantik mereka untuk project tertentu. Ia menawarkan pendaftaran percuma kepada pekerja “freelancer” dan majikan (individu atau syarikat) untuk tujuan komunikasi antara satu sama lain bagi melengkapkan sesuatu projek. Platform ini bertujuan untuk menawarkan kerja-kerja “freelance” kepada pekerja “freelancer” di Malaysia dengan cara yang mudah dan fleksibel serta menggalakkan konsep bekerja dari rumah.

Freetimeworkz

Freetimeworkz adalah satu platform “crowdsourcing” “On-Demand” yang menyambungkan organisasi dan perniagaan dengan “freelancer”. Visi kami adalah untuk menjadi satu pasaran “freelancer” yang terkemuka, profesional dan global. Misi kami adalah untuk menawarkan satu platform “freelancer” atas talian yang menyerlah dan dipercayai yang membolehkan organisasi meningkatkan nilai perniagaan melalui kemahiran khusus yang dimanfaatkan oleh komuniti “freelancer”.

Favser

Favser.com merupakan satu platform pasaran kreatif “freelance” di Malaysia yang membolehkan “freelancer” untuk menawarkan perkhidmatan berdasarkan kemahiran mereka dengan bayaran yang tetap. Melalui platform ini, Favser.com menyediakan akses untuk kerja-kerja digital kreatif seperti pereka grafik, penulisan, penterjemahan dan pembangunan laman web. Aktiviti “freelance” di Favser.com adalah semudah menjual beli barangan di mana-mana kedai atas talian. Favser.com merupakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk jual beli perkhidmatan.