Scroll to top

Soalan Lazim

Bagaimana saya mengambil bahagian dalam program GLOW?

Anda hanya perlu kemahiran hebat anda dan mendaftar pada pautan ini (Link) untuk melengkapkan profil anda.

Adakah terdapat yuran yang dikenakan untuk menyertai program GLOW?

Ia adalah percuma untuk menyertai GLOW.

Apakah keperluan minimum untuk menyertai program GLOW?
  • Pertama sekali, anda harus celik komputer.
  • Kedua, mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana 
anda akan berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa
  • Ketiga, memilik set kemahiran khusus yang dikehendaki (Sila rujuk kepada senarai)
  • Yang terakhir dan paling penting sekali adalah komitmen, usaha dan ketekunan anda.
Siapa yang menyediakan latihan?

Tenaga pengajar latihan program GLOW terdiri daripada freelancer yang berpengalaman dan telah berjaya. Mereka juga akan menjadi mentor anda sehingga anda yakin dan berjaya membida projek dalam platform.

Bagaimanakah program latihan GLOW ini dijalankan?

Program latihan GLOW meliputi latihan intensif dalam kelas, bimbingan pengajaran (mentoring) secara maya dan sokongan dari rakan komuniti.

Adakah program GLOW menyediakan latihan kemahiran teknikal / khusus?

Tidak. Kami tidak menyediakan latihan kemahiran teknikal / khusus.

Adakah terdapat had umur unutk menyertai GLOW?

Program GLOW dibuka kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas.

Adakah program GLOW terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja?

Ya, program GLOW hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang memegang MyKad.

Saya Berjaya menjana pendapatan selepas program GLOW, perlukah saya membayar balik kepada pihak panganjur program?

Tidak, pendapatan anda adalah hak milik anda. Tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi program GLOW.

We use cookies to give you the best experience.