Apakah Global Online Workforce (GLOW)?
Sebuah program nasional yang direka khas untuk membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian dari “Global Online Workforce” dan menjana pendapatan secara bebas.
Mengapa kami mewujudkan program ini?
Memperkasa rakyat Malaysia untuk mengeksport perkhidmatan profesional ke peringkat global
Program Kami
Program ini sesuai untuk siapa?
Dengan siapakah
kami bekerjasama?
Dalam mengukuhkan ekosistem yang menyokong freelancer Malaysia, kami bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi platform, komuniti dan badan bukan kerajaan, akademik, dan wakil kelab dan persatuan.
Kami bekerjasama dengan rakan kongsi platform antarabangsa dan tempatan untuk memberi keyakinan kepada para pekerja bebas untuk membida pekerjaan / projek dalam persekitaran digital yang selamat dan terjamin.










Kami menyediakan beberapa ruang kerja untuk kegunaan semua freelancer sebagai ruang kerja mahupun ruang istirehat. Ruang-ruang ini juga akan dipantau oleh pakar-pakar dalam bidang berkait, dalam masa yang sama memberi bimbingan buat frelancer yang mahu meneroka Program GLOW dengan lebih mendalam.









GIG Centres
Kami berkerjasama dengan beberapa buah Universiti terpilih dalam membina satu pusat yang kondusif bagi pelajar untuk mempelajari tentang freelancer dan jalankan kerja-kerja freelance. Seorang pengurus Pusat GIG dilantik dari kalangan Master Trainer bagi memudahkan pembelajaran hands-on di setiap pusat.



Academia Channel Partners
Tujuan kerjasama ini adalah untuk meningkatkan kebolehan para pelajar dengan menyediakan laluan alternatif untuk memasuki pasaran pekerjaan setelah tamat pengajian mereka yang kini tidak berada di landasan tradisional.







Sebagai sebahagian daripada initiatif “Global Inclusion”, program kami berusaha gigih untuk membekalkan impak social kepada komuniti melalui kerjasama dengan kelompok badan bukan kerajaan, orang kurang upaya, wanita, dan remaja






Sebilangan besar syarikat telah mulai memanfaatkan platform freelancing digital kerana ia menawarkan lebih banyak fleksibiliti, ketelusan pengambilan pekerja dan penjimatan kos. MDEC telah membantu Rakan Kongsi Platform untuk bersama-sama membina syarikat-syarikat ini dalam merapatkan jurang tenaga kerja yang diperlukan untuk memenuhi keperluan syarikat.




Bagi membantu bidang freelancer di Malaysia, kami telah bekerjasama dengan beberapa persatuan and badan bukan kerajaan dalam menyediakan “safety net” kepada anda.





Sebahagian daripada inisiatif keterangkuman digital, program kami bermatlamat untuk memberi impak sosial kepada komuniti melalui kerjasama dengan NGO, kumpulan orang kurang upaya, wanita dan para belia.







Kolaborasi
Bekerjasama dengan kami
Kami sentiasa mencari rakan kongsi dan kolaborator baru bagi melaksanakan inisiatif keterangkuman digital kebangsaan.